Sila log masuk terlebih dahulu.

Kadar SST elektrik patut kekal, elak gelombang kenaikan harga

A
A
A

BERITA SEMASA 1 MAC 2024

Kerajaan sepatutnya mengekalkan kadar cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bagi perkhidmatan elektrik sebanyak enam peratus kepada semua pengguna termasuk sektor komersial untuk mengelakkan gelombang kenaikan harga barang berlaku lagi.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, sebagai wakil rakyat, kenaikan harga barang yang pastinya akan membebankan rakyat menjadi keutamaannya.

Menurutnya, tarif elektrik telah meningkat beberapa kali sejak tahun lalu dan pada Januari tahun ini.

Tambah beliau, Kenaikan kadar SST bil elektrik komersial akan menjejaskan kedai, kilang dan gudang dan akhirnya akan meresap kepada rakyat.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai penjelasan Kementerian Kewangan pada Rabu bahawa kenaikan cukai bagi elektrik hanya dikenakan ke atas kadar penggunaan lebih 600 kilowatt sejam (kWj).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/652116/berita/nasional/kadar-sst-elektrik-patut-dikekalkan-elak-gelombang-kenaikan-harga