Syarikat Mahadi tiada lesen promosi saham UPC - SC

Laporan Sinar Harian.
Laporan Sinar Harian.
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat AUF MBZ Consortium Plt milik usahawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman didapati menjalankan urusan perniagaan dalam aktiviti terkawal dengan mempromosi syarikat awam tidak tersenarai (UPC) tanpa memegang lesen daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

SC dalam satu kenyataan berkata, susulan itu, nama dan syarikat berkenaan telah dimasukkan dalam Senarai Peringatan Pelabur.

“Melalui senarai ini, pihak awam boleh mengenal pasti sama ada individu, entiti berlesen atau berdaftar untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia.

“SC telah menerima beberapa pertanyaan dan aduan daripada pihak awam berhubung aktiviti yang dijalankan oleh beliau dan syarikatnya.

“SC mengambil serius semua aduan yang dikemukakan dan melaksanakan kuasa berkanun termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan sekiranya terdapat pelanggaran undang-undang sekuriti dalam menegakkan integriti pasaran modal serta menjaga kepentingan pelabur,” katanya pada Khamis.

Sebelum ini, SC menerusi laman rasmi mengeluarkan kemas kini terbaharu Senarai Peringatan Pelabur yang dikaitkan dengan aktiviti pelaburan secara tidak sah sama ada melalui entiti mahupun individu.

Senarai itu memaparkan nama Mahadi dan syarikat berserta nombor kad pengenalan dengan peringatan menjalankan aktiviti pasaran modal tidak berlesen berhubung pemasaran saham Syarikat Awam Tidak Tersenarai.

Tambah SC, orang ramai boleh menggunakan portal Semak Sebelum Labur yang tersedia di laman web https://www.sc.com.my/investment-checker.

Artikel Berkaitan:

“Ia bertujuan untuk mengesahkan sama ada individu atau entiti diberi kuasa oleh SC untuk menawarkan, mempromosikan atau menjual produk dan perkhidmatan pasaran modal di Malaysia,” ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!