Ringgit dijangka capai RM4.45 pada hujung 2024

Mohd Sedek
Mohd Sedek
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Penyelidikan Aset dan Perundingan UOB Kay Hian Wealth Advisors menjangkakan nilai ringgit akan mencapai RM4.45 berbanding dolar Amerika menjelang hujung tahun 2024.

Ketuanya, Mohd Sedek Jantan berkata, pada suku pertama tahun ini nilai ringgit diramal berlegar dalam RM4.70.

"Suku kedua pula kita akan melihat nilai ringgit RM4.50 ke RM4.55 manakala RM4.48 ke RM4.50 pada suku ketiga tahun 2024.

"Kita jangka dalam separuh tahun kedua, Federal Reserve akan mengurangkan kadar faedah. Jangkaan terbaik kita RM4.45 pada hujung tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian selaku tetamu jemputan pada program Interviu Siri 03 bertajuk 'Ringgit: Siapa bertanggungjawab?' yang disiarkan secara langsung di Facebook Sinar Harian pada Rabu.

Mohd Sedek (kanan) pada Program Interviu bertajuk 'Ringgit: Siapa Bertanggungjawab? yang dihoskan Haizir Othman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Sedek (kanan) pada Program Interviu bertajuk 'Ringgit: Siapa Bertanggungjawab? yang dihoskan Haizir Othman di Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Rabu. Foto Sinar Harian MOHD HALIM ABDUL WAHID

Dalam pada itu, Mohd Sedek berpendapat, rakyat Malaysia tidak seharusnya memberi fokus kepada kejatuhan nilai mata wang semata-mata.

"Kita suka membandingkan nilai mata wang kita dengan negara luar. Pada masa sama, kita juga perlu lihat kadar pengangguran semakin berkurangan dan jumlah pembelian pelabur asing meningkat di Malaysia.

Artikel Berkaitan:

"Namun, kita hanya tumpukan kejatuhan nilai ringgit (4.80), walaupun kurang beri kesan dalam kehidupan seharian melainkan kita melakukan pembelian ataupun berurusan secara langsung setiap hari di luar negara.

"Itu mungkin kita patut risau tapi kalau untuk harian saya rasa tidak ada apa-apa yang perlu dikhuatirkan," jelasnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!