Sila log masuk terlebih dahulu.

Lans koperal tak mengaku minta rasuah RM10,000

28 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2024

Seorang anggota polis berpangkat lans koperal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh pada Rabu atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah tiga tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Tertuduh, Muhammad Amirul Md Idrus, 32, yang bertugas di Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa secara rasuah meminta suatu suapan iaitu wang sebanyak RM10,000 daripada Muhammad Zubairi Hashim sebagai dorongan untuk tidak mendedahkan aktiviti pemprosesan air ketum yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/651743/berita/semasa/lans-koperal-tak-mengaku-minta-rasuah-rm10000

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #lanskoperal #rasuah