Sila log masuk terlebih dahulu.

54 peratus pegawai perubatan tinggalkan sektor awam

28 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 FEBRUARI 2024

Sebanyak 54 peratus daripada 100,696 pegawai perubatan meninggalkan sektor perkhidmatan awam pada 2022 atas faktor menerima tawaran untuk berkhidmat di sektor swasta atau badan berkanun.

Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, menerusi kajian yang dibuat, didapati 45 peratus daripada jumlah itu bekerja di luar negara.

Tambahnya, 28 peratus (meninggalkan perkhidmatan awam) disebabkan alasan peribadi, menerima tawaran berkhidmat di institusi pengajian tinggi awam (enam peratus), melanjutkan pelajaran (2.7 peratus), membuka klinik sendiri (0.8 peratus) dan 0.5 peratus tidak menyatakan sebarang alasan.

Beliau menjawab soalan tambahan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) yang ingin tahu punca pegawai perubatan berhenti daripada sektor awam pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1