Operasi Sepadu Bersih: DBKL keluar 79 kompaun

DBKL memeriksa 59 premis makanan dan minuman dalam operasi berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan kerana tidak mematuhi kehendak kesihatan
DBKL memeriksa 59 premis makanan dan minuman dalam operasi berkenaan. Hasil daripada pemeriksaan, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan kerana tidak mematuhi kehendak kesihatan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sepadu Bersih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terhadap pengusaha premis makanan dan minuman di sekitar ibu negara di sini.

Operasi terbabit dijalankan di The Garden Mall (Parlimen Lembah Pantai), Jalan Jalil Perkasa (Parlimen Seputeh), Jalan Manis 3, Taman Segar (Parlimen Cheras) dan Jalan Leboh Ampang.

DBKL menerusi satu kenyataan memaklumkan, operasi turut dijalankan di Jalan Tengkat Tong Shin (Parlimen Bukit Bintang), Taman Sri Sinar dan 1Mont Kiara (Parlimen Segambut).

"Sebanyak 93 premis dilawati namun 34 premis tidak beroperasi, menjadikan hanya 59 sahaja premis yang diperiksa dalam operasi berkenaan.

Sebanyak 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sepadu Bersih kali ini
Sebanyak 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sepadu Bersih kali ini

"Hasil daripada pemeriksaan, tiga premis dikenakan tindakan arahan penutupan di bawah UUK 28(1) Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016.

"Selain itu, 79 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016, Undang-undang Kecil Pengendali Makanan 1979 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, DBKL akan meneruskan tindakan berkenaan dari semasa ke semasa bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi kehendak kesihatan ditetapkan.

Artikel Berkaitan: