Petinju cilik dedah rahsia kemenangan

Aksi Aiman Harith (kiri) ketika menentang Zarif Danial dalam saingan King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 pada Sabtu.
Aksi Aiman Harith (kiri) ketika menentang Zarif Danial dalam saingan King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 pada Sabtu.
A
A
A

PETINJU cilik, Aiman Harith Norfazlie mengambil aura ribuan penonton untuk bertarung dengan lebih bersemangat ketika menundukkan cabaran Zarif Danial dalam saingan King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 pada Sabtu.

Pelajar Sekolah Kebangsaan Desa Baiduri Cheras itu begitu teruja ketika menjejakkan kaki di gelanggang dan sokongan padu penonton membuatkan keyakinannya meningkat dan semangatnya membara untuk menumpaskan lawan.

Aiman Harith (kiri) bersama bapanya, Norfazlie.
Aiman Harith (kiri) bersama bapanya, Norfazlie.

"Saya berasa teruja dengan kehadiran penonton yang begitu ramai membuatkan saya lagi bersemangat untuk memenangi perlawanan ini," katanya.

Aiman Harith yang mewakili Akademi Kuda Merah Kuala Lumpur menang ke atas Zarif Danial dari Akademi Jasin menerusi kiraan mata dalam saingan tiga pusingan di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Petinju berusia lapan tahun itu turut mendedahkan strateginya untuk memerangkap lawan sekali gus meraih kemenangan untuk memenangi trofi tajaan Kementerian Belia dan Sukan serta wang tunai.

"Pada pusingan pertama, saya cuba membaca gerak geri lawan. Apabila waktu rehat jurulatih memberi tip bagaimana memperbaiki teknik terbaik dan seterusnya dilaksanakan dengan jayanya," katanya yang terkenal dengan julukan Adik Respect.

Artikel Berkaitan:

Aiman Harith bersama trofi kemenangan.
Aiman Harith bersama trofi kemenangan.

Menerusi kejayaan itu melonjakkan semangat Aiman Harith untuk mengharumkan nama negara pada suatu hari nanti sambil menghargai kelab Kuda Merah yang banyak membimbingnya dalam sukan tempur tersebut.

"Saya cuba berusaha untuk membuktikan kepada ibu bapa dan guru yang banyak memberi ruang serta peluang kepada saya untuk menceburi muay thai

"Terima kasih kepada Sarjan Mejar Rosli Yaakob, ketua jurulatih Kuda Merah dan Senior Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar, Komandan Pulapol (Pusat Latihan Polis) Kuala Lumpur yang membenarkan saya berlatih di sana," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28