PM rasmi Majlis Penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Kementerian pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad. Beliau diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto Bernama
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Kementerian pada Program MADANI Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad. Beliau diiringi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA SELANGOR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Penutupan Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor di sini pada Ahad.

Beliau diiringi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyampaikan amanat pada majlis petang ini sebelum menyertai sesi Dialog Malaysia Madani bersama pengunjung yang hadir ke program itu.

Perdana Menteri turut mengajak seorang kanak-kanak Maliha Aafiya Abdul Halim, 9, yang berada di atas pentas di sebelah beliau untuk sama-sama merasmikan majlis penutupan itu

"Saya dengan ini merasmikan Program Madani Rakyat Zon Tengah bersama-sama dengan Aafiya, boleh Aafiya sebut, dengan ini...,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Kementerian pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir dan melawat reruai Kementerian pada Program Madani Rakyat Zon Tengah di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada Ahad.

"Dengan ini saya dengan Tuk Anwar merasmikan progam Program Madani Rakyat Zon Tengah,” kata Maliha Aafiya.

Program yang berlangsung sejak Jumaat bermula 9 pagi hingga 10 malam itu adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, yang menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 163 perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Antaranya, Jualan Mega Madani dan Agro Madani, kaunter pengurangan kadar kompaun saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), kaunter pendaftaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan perkhidmatan bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memudahkan orang ramai memperbaharui lesen memandu selain penukaran topi keledar untuk 1,000 pengunjung terawal setiap hari.

Turut disediakan ialah pameran aset kerajaan, perkhidmatan bergerak seperti pemeriksaan dan rawatan pergigian, kempen derma darah, perkhidmatan kitar semula, perkhidmatan urutan terapi dan kosmetologi serta temu duga terbuka peluang pekerjaan. - Bernama