Muhammad Ali pertaruh pengalaman di Titiwangsa

Barisan depan, lima dari kiri, Muhammad Ali antara petinju yang akan bertarung dalam King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad.
Barisan depan, lima dari kiri, Muhammad Ali antara petinju yang akan bertarung dalam King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad.
A
A
A

PENINJU Attitude Muay Gym, Muhammad Ali Yaakub mempertaruhkan pengalaman apabila membuka gelanggang King of The Ring Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024 di Stadium Titiwangsa pada Ahad.

Muhammad Ali yang akan berdepan, Petsa- Ngoan dari Kelab Rawan A Yala Thailand percaya pengalaman berdepan peninju luar negara dari Thailand, Rusia dan Korea Selatan akan membantunya berdepan lawan tersebut.

"Insya-ALLAH, saya akan memberikan aksi terbaik demi Malaysia selepas melakukan persiapan rapi, ini penampilan pertama saya tahun 2024 selepas berehat panjang sebelum ini.

Muhammad Ali
Muhammad Ali

"Petsa- Ngoan bukan peninju sebarangan yang hadir dengan reputasi tersendiri pastinya akan memberikan tentangan sengit.

"Biarpun begitu saya percaya kami masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri," katanya yang menyifatkan peninju Muay Thai dari Rusia merupakan antara petarung paling mencabar sepanjang berkecimpung dalam industri.

Kejohanan edisi ke-73 anjuran Kelab Muaythai Kuda Merah Kuala Lumpur adalah dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan.

INFO

Artikel Berkaitan:

Kejohanan JWP-DBKL Kuda Merah Muay Thai Challenge 2024

AHAD (25 FEBRUARI)

Farish Hakimi (Akademi Kuda Merah) lwn Muhammad Izzat Fitri (Muaythai Port Dickson)

Nizam Joeffery (Kuda Merah Selatan Johor) lwn Zahid (Singa Utara)

Tuah Tarmizi (Gorilla Muaythai) lwn Zufry Iskandar (Taring Mas Muaythai)

Umar Usman (Red Wolves) lwn Ariq Penang (Attitude Muay Gym)

Samuel Raj (Selendang Kuning Studio) lwn Phitserithai (Rizq Muaythai)

Petsa- Ngoan (A Rawan Yala Thailand) lwn Muhammad Ali Yaakub (Attitude Muay Gym)

Mohd Amirul Ariffin (Kuda Merah PDRM) lwn Nawid Ullah Bakshi (Sampuri Ampang)

*Semua perlawanan bermula jam 8.30 malam di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!