Sultan Selangor terima menghadap Menteri KPKT

Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Kor Ming di Hotel Concorde, Shah Alam pada Jumaat.
Sultan Sharafuddin berkenan menerima menghadap Kor Ming di Hotel Concorde, Shah Alam pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming di Hotel Concorde, Shah Alam pada Jumaat.

KPKT dalam satu kenyataan memaklumkan, Sultan Sharafuddin amat prihatin terhadap masa depan negara.

Menurut kenyataan itu, Sultan Sharafuddin turut menitah agar seluruh rakyat Malaysia bersatu bagi merancakkan semula ekonomi negara sekali gus kembali disegani di seluruh dunia.

“Selain melaksanakan dasar mengikut Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030, baginda juga menyatakan bahawa kerajaan Selangor sedang mempergiatkan usaha dalam sektor industri tenaga boleh diperbaharui termasuk pembangunan loji sisa pepejal kepada tenaga (WTE) serta pembangunan ekonomi hijau.

Kor Ming mempersembahkan sepasang karya seni Tahun Naga kepada Sultan Sharafuddin.
Kor Ming mempersembahkan sepasang karya seni Tahun Naga kepada Sultan Sharafuddin.

“Pada ketika ini kerajaan Selangor sedang mengkaji untuk menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih cekap, mampan dan efektif serta merancakkan ekonomi kitaran,” kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, menurut Kor Ming, Selangor akan menjadi negeri yang kelapan menerima pakai Akta 672 jika Kerajaan Selangor bersetuju untuk menyertainya.

“Sudah tentu ini akan membantu pengurusan sisa pepejal yang lebih lancar, teratur dan moden,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Bersempena dengan perayaan Chap Goh Mei, Kor Ming mempersembahkan sepasang karya seni Tahun Naga hasil ciptaannya bersama pelukis kontemporari terkenal antarabangsa, Anton Moner kepada Sultan Sharafuddin yang bertajuk ‘Tahun Naga membawa tuah’.