Warga emas tergamam lori terbalik depan mata

Sebuah lori jenis Hino terbalik dan melintang jalan selepas terbabas dengan sendirinya dalam kejadian kemalangan di kilometer 34 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Kampung Bandar Tinggi pada Sabtu.
Sebuah lori jenis Hino terbalik dan melintang jalan selepas terbabas dengan sendirinya dalam kejadian kemalangan di kilometer 34 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Kampung Bandar Tinggi pada Sabtu.
A
A
A

JELEBU - Seorang lelaki warga emas tergamam sebaik melihat sebuah lori tiba-tiba merempuh tiang elektrik sebelum terbalik melintang di tengah jalan di depan matanya di kilometer 34 Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Kampung Bandar Tinggi pada Sabtu.

Pesara Posmen, Mohamad Hussin, 69, berkata, ketika kejadian lebih kurang jam 10.30 pagi itu dia yang menunggang motosikal berhenti di hadapan rumahnya untuk melintas jalan ke pekan Kuala Klawang.

"Semasa tunggu jalan 'clear', tiba-tiba saya nampak sebuah lori tiba-tiba hilang kawalan disyaki cuba elak sebuah kereta dari arah bertentangan.

"Lori berkenaan kemudiannya melanggar tiang elektrik lalu terbalik sebelum melintang tengah jalan dengan jarak lebih kurang lima meter dari saya berhenti. Saya panik dan tergamam seketika sebab terkejut," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian pada Sabtu.

Menurutnya, selepas itu dia bergegas ke arah lori dan bersyukur apabila melihat dua lelaki dari dalam lori itu berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui cermin hadapan yang pecah.

Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 41 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan pada Sabtu.
Pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 49 dan 41 tahun bagaimanapun tidak mengalami kecederaan dalam kejadian kemalangan pada Sabtu.

"Isteri saya yang mendengar bunyi dentuman kuat terus ke depan rumah dan tanya kenapa saya tidak lari. Masa itu saya tidak tahu nak buat apa sebab itu hanya menanti sahaja, namun syukur semuanya selamat, Alhamdulillah," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintenden, Maslan Udin ketika dihubungi berkata, pemandu dan kelindan lori masing-masing berusia 41 dan 49 tahun tidak mengalami kecederaan.

Artikel Berkaitan:

"Kejadian ini membabitkan sebuah lori jenis Hino warna putih yang mana berdasarkan siasatan awal ia cuma mengelak sebuah kereta dari arah bertentangan sebelum terbabas sendiri.

"Bagaimanapun punca sebenar masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Peraturan 10 LN166/59 kerana gagal mengawal kenderaan hingga menyebabkan kemalangan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!