Sila log masuk terlebih dahulu.

Nancy tetap cari jalan bantu rakyat walau terikat prosedur

23 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 23 FEBRUARI 2024

Berkongsi pengalaman dirinya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri berkata, beliau pernah didekati seorang individu yang dalam keadaan terdesak memerlukan bantuan.

Namun, menurut Nancy, disebabkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memerlukan prosedur agak panjang, beliau berusaha mendapatkan bantuan agensi Yayasan Kebajikan Negara (YKN).

Ahli Parlimen Santubong itu berkata demikian dalam program Town Hall Rakyat Bersama Nancy Shukri pada Khamis.

#TownHallRakyat #SinarHarian #KPWKM #NancyShukri