Sila log masuk terlebih dahulu.

Isu Mawla Amin: Masyarakat diseru jangan taasub

22 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 22 FEBRUARI 2024

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.

Menterinya, Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengingatkan orang ramai supaya menjauhkan diri daripada sikap taasub berikutan isu seorang lelaki mendakwa sebagai warga Maghribi dan berada dalam jalur keturunan Nabi Muhammad SAW.

Jelasnya, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.

Semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkaitan apa-apa urusan berkaitan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara disampaikan selari dengan ajaran Islam.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650757/berita/nasional/isu-mawla-amin-masyarakat-diseru-jangan-taasub

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Naim #Jakim #PDRM