Tentera AS di Iraq pindah ke Kuwait

Pasukan payung terjun Divisyen Udara ke-82 tiba di Pangkalan Udara Ali Al Salem, Kuwait pada 2 Januari lalu. - Foto AGENSI
Pasukan payung terjun Divisyen Udara ke-82 tiba di Pangkalan Udara Ali Al Salem, Kuwait pada 2 Januari lalu. - Foto AGENSI
A
A
A

BAGHDAD - Pakatan tentera asing diketuai Amerika Syarikat (AS) yang terlibat dalam operasi memerangi kumpulan militan Daesh dilaporkan memindahkan ibu pejabat mereka atas faktor keselamatan selepas Parlimen Iraq meluluskan langkah untuk mengusir mereka pada Ahad lalu.

Agensi berita berbahasa Arab, al-Forat melaporkan pakatan antarabangsa itu membuat keputusan pemindahan pusat perintah dari Baghdad ke ibu negara Kuwait semalam selepas ketegangan kini semakin meningkat susulan insiden pembunuhan Komander Pasukan Pengawal Revolusi Iran (IRGC), Leftenan Jeneral, Qasem Soleimani dan pemimpin kumpulan militan, Unit Mobilisasi Popular (PMU), Abu Mahdi al-Muhandis pada Jumaat lalu.

Rangkaian berita al-Jazeera berpusat di Qatar turut melaporkan perkara itu memetik laporan diterbitkan agensi berita Jerman, DPA.

Perkembangan itu dilaporkan sehari selepas Perdana Menteri, Adel Abdul-Mahdi memaklumkan Iraq dan AS sewajarnya bekerjasama untuk melaksanakan langkah menarik keluar kesemua anggota tentera asing dari negara tersebut.

"Perdana Menteri menegaskan tentang pentingnya kerjasama bersama terhadap langkah itu sejajar dengan resolusi Parlimen dan mengatur hubungan bersama Washington pada asas yang wajar.

"Beliau bimbang dengan situasi bahaya ketika ini dan kesannya. Iraq akan melakukan apa sahaja untuk mengelakkan peperangan tercetus," ujar pejabat pemimpin itu dalam satu kenyataan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN Iran mula serang pangkalan tentera AS guna peluru berpandu

Serangan Iran: Trump pantau ketat situasi

Artikel Berkaitan: