Sila log masuk terlebih dahulu.

#GengSubuhMacamJumaat jadi pemula Program FunRun By KSR

18 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 FEBRUARI 2024

#GengSubuhMacamJumaat menjadi pemula bagi Program FunRun By Kelab Sukan dan Rekreasi Karangkraf (KSR) membabitkan lebih 250 peserta yang diadakan di Kompleks Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, pada Ahad.

Menerusi program berkenaan, peserta terlebih dahulu menunaikan solat jemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Amiro Safwan Mohd Kamil.

Beliau yang juga Editor Kanan Penerbitan al Quran Karya Bestari berkata, fenomena Subuh berjemaah sudah menjadi satu senario positif dan kini warga Karangkraf turut mengimarahkannya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/650165/berita/nasional/gengsubuhmacamjumaat-jadi-pemula-program-funrun-by-ksr

Muzik: Onceagain dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #GengSubuhMacamJumaat #FunRun #KSR