Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk resah parit ditumbuhi semak, jadi tempat pembiakan Aedes

18 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 FEBRUARI 2024

Kira-kira 600 penduduk di Taman Sri Indah dan Taman Pancaran, Bestari Jaya, Kuala Selangor, resah berikutan parit utama kawasan itu terbiar dan ditumbuhi semak samun dan lalang sejak lebih setahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Seorang penduduk, Alim Mohammad Seri, berkata, kawasan parit di laluan masuk Dewan Orang Ramai MPKS dan berhadapan padang awam itu sebelum ini bersih, namun kini dipenuhi semak tebal berikutan tidak diselenggara.

Menurutnya, keadaan itu mengundang kerisauan penduduk sekiranya parit itu menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Aedes