Pemandu lari tinggalkan kereta terbakar

Kereta yang disyaki membawa muatan petrol terbakar dalam dalam kejadian di Tanah Merah pada Jumaat. Foto Ihsan JBPM Kelantan
Kereta yang disyaki membawa muatan petrol terbakar dalam dalam kejadian di Tanah Merah pada Jumaat. Foto Ihsan JBPM Kelantan
A
A
A

KOTA BHARU - Sebuah kereta Proton Persona yang dipercayai membawa muatan minyak petrol terbakar selepas terbabas dalam kejadian di Jalan Tanah Merah-Jeli pada Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kemahang, Disagar Mani Mustafa berkata, bomba menerima panggilan pada jam 11.36 pagi yang memaklumkan mengenai kejadian berkenaan.

Menurut beliau, enam pegawai dan anggota bergegas ke lokasi itu bagi memadam kereta yang sedang terbakar.

"Kita turut mendapatkan bantuan bekalan air daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah untuk operasi berkenaan," katanya pada Jumaat.

Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Tanah Merah. Foto Ihsan JBPM Kelantan
Anggota bomba memadamkan kebakaran sebuah kereta di Tanah Merah. Foto Ihsan JBPM Kelantan

Bagaimanapun beliau memaklumkan, operasi pemadaman sukar dilakukan kerana disyaki ada muatan petrol dalam kenderaan terbabit dan terpaksa menggunakan pemadam buih bagi menghalang api yang sedang marak.

Jelas beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah hari.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan. Ketika kejadian juga, pemandu kenderaan difahamkan melarikan diri dari lokasi kereta yang terbakar.

Artikel Berkaitan:

"Anggota bomba mendapati tong berisi minyak petrol dimuatkan bukan sahaja di dalam kereta tetapi dalam bahagian bonet belakang," katanya.