Sila log masuk terlebih dahulu.

KPF digesa tunai janji bayar dividen, jualan saham

16 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 16 FEBRUARI 2024

Koperasi Permodelan Felda Malaysia Berhad (KPF) digesa untuk menunaikan janji berkaitan pembayaran jualan saham dan pengeluaran dividen pada akhir Februari hingga awal Mac ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nuratikah Athilya Hassan.

Ketua Ahli KPF, Mohamad Rosli Waakob mendakwa, isu tersebut telah berlarutan sejak Julai 2023, namun masih tiada sebarang jalan penyelesaian dilakukan.

Tambah beliau, pelbagai aduan dan rungutan telah dibuat kepada kakitangan KPF terutama petugas di bahagian kaunter hadapan mengenai masalah berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649872/berita/semasa/kpf-digesa-tunai-janji-pembayaran-dividen-jualan-saham-awal-mac-ini