PMNK warta 'Kolam Puteri Saadong'

PMNK akan mewartakan Kolam Puteri Saadong, Ketereh bagi mengelak pencerobohan.
PMNK akan mewartakan Kolam Puteri Saadong, Ketereh bagi mengelak pencerobohan.
A
A
A

KOTA BHARU - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan (PMNK) akan mewartakan Kolam Puteri Saadong, Ketereh bagi mengelak pencerobohan.

Pegawai Monumen dan Tapak Bersejarah PMNK, Nurunnuha Ghazali berkata, tindakan ini diambil bagi menghindari tapak yang dikatakan menjadi warisan sejarah di Kampung Serendah Sekebun Bunga sebagai lokasi maksiat dan aktiviti khurafat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kolam bersiram Puteri Saadong terabai?]

Menurutnya, ia selaras dengan kebenaran daripada kerajaan negeri supaya PMNK mengawal kawasan yang dikatakan menjadi lokasi bersiram puteri Diraja Kelantan, sekitar 1660-an itu.

Meskipun tiada bukti sahih menyokong kenyataan tersebut, beliau berkata, PMNK mengambil pendekatan untuk mengawal kawasan berkenaan.

“Cerita mengenai kolam yang dikatakan menjadi pusat pemerintahan Cik Siti Wan Kembang, diperturunkan secara turun-temurun, namun sehingga ke saat ini, tiada bukti menyokong mitos tersebut.

“Kolam ini dipercayai terbentuk akibat perubahan cuaca sehingga menyebabkan berlakunya timbunan pasir,” katanya.

Artikel Berkaitan: