Indeks Malaysia Negara Rahmah 2023 meningkat

12 ciri Negara Rahmah.
12 ciri Negara Rahmah.
A
A
A

SHAH ALAM - Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) mencatatkan peningkatan skor 7.24 bagi 2023 berbanding 6.47 pada tahun sebelumnya dengan lapan ciri yang memberangsangkan.

Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dalam kenyataan berkata, dapatan tersebut memberi gambaran positif dalam hasrat kerajaan untuk membangunkan negara yang berteraskan konsep madani.

Penskoran Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR).
Penskoran Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR).

Menurutnya, kajian berkenaan dijalankan dari September hingga November tahun lalu melibatkan seramai 3,192 responden terdiri daripada warga tempatan pelbagai kaum berusia 18 tahun ke atas.

“Kajian dilakukan kepada mereka yang mempunyai tahap pendidikan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan menggunakan persampelan berstrata.

“Hasil kajian ini menunjukkan pencapaian keseluruhan bagi ciri-ciri Negara Rahmah 2023 masih pada tahap sederhana,” katanya pada Selasa.

Perbandingan skor pencaipan keseluruhan.
Perbandingan skor pencaipan keseluruhan.

Selain itu, dua ciri yang merupakan skor tertinggi iaitu Institusi Keluarga yang Utuh (7.98), Menerajui Usaha Keamanan dan Kesejahteraan Sejahat (7.93) dan Masyarakat yang Berilmu, Berakhlak dan Penyayang (7.72).

Artikel Berkaitan:

Namun, bagi ciri yang mendapat skor paling rendah pula adalah Agihan Kekayaan yang Saksama (6.14), Ekonomi yang Mampan (6.84) dan Tadbir Urus yang Baik (6.86).

“Ikram berpandangan IMNR ini memberi gambaran yang menyeluruh terhadap pencapaian usaha-usaha semua pihak dalam membangunkan Malaysia Madani.

Skor pencapaian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) bagi setiap ciri mengikut indikator.
Skor pencapaian Indeks Malaysia Negara Rahmah (IMNR) bagi setiap ciri mengikut indikator.

“Dapatan indeks ini juga dapat memberi pendedahan kepada semua pihak berkepentingan berkaitan tanggapan masyarakat umum terhadap situasi semasa sekali gus membantu dan memacu mencapai aspirasi negara,” ujarnya.

Tambah Ikram, penemuan menarik adalah peningkatan ketara untuk skor bagi ciri Kesejahteraan Sejagat (1.27), Tadbir Urus yang Baik (1.18) dan Kepimpinan yang Kompeten dan Berintegriti (1.07).

Sebaliknya, Hubungan Etnik dan Penganut Agama mengalami penurunan skor sebanyak 0.27 dari 7.40 pada 2022 kepada 7.13 tahun ini.