Sila log masuk terlebih dahulu.

Najib hadir prosiding kes penyelewengan dana RM2.3 bilion 1MDB

14 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 14 FEBRUARI 2024

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 8.45 pagi, Rabu untuk perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Najib, 71, didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan wang itu dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Bekas Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan perbuatan itu di AmIslamic Bank Berhad, Bukit Ceylon di sini di antara 24 Februari 2011 dengan 19 Disember 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram di antara 22 Mac 2013 dengan 30 Ogos 2013, di lokasi sama.

Kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA), yang memperuntukkan denda maksimum RM5 juta dan penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649438/berita/semasa/1mdb-wang-derma-rm26-bilion-tak-dipulangkan-masuk-ke-akaun-tanore

#BeritaSemasa #SinarHarian #1MDB #NajibRazak #Derma