Hezbollah bertegas teruskan serangan ke Israel demi Gaza

Hassan Nasrallah berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza. - Foto fail/REUTERS
Hassan Nasrallah berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza. - Foto fail/REUTERS
A
A
A

BEIRUT - Kumpulan pejuang Hezbollah Lubnan tegaskan, serangan rentas sempadan terhadap Israel hanya akan berakhir apabila pencerobohan Zionis di Gaza tamat.

Pemimpin kumpulan pejuang itu, Hassan Nasrallah berkata, setakat ini sebarang usaha untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan Lubnan hanya menguntungkan Israel.

Hassan Nasrallah juga berkata, kumpulannya hanya akan menghentikan pertempuran jika gencatan senjata penuh dicapai untuk Gaza.

"Kami berjuang di selatan Lubnan) dengan mata kami di Gaza. Apabila pencerobohan berhenti terhadap Gaza dan apabila penembakan berhenti di Gaza, kami akan menghentikan penembakan di selatan.

"Menteri Israel pernah berkata tidak akan menghentikan serangan di Gaza, jika berhenti, mereka menyerang selatan Lubnan.

"Ia tidak menjadi masalah. Jika Israel terus menyerang di selatan Lubnan, juga kami akan membalas di selatan," tegasnya.

Serangan rentas sempadan di Lubnan telah membunuh kira-kira 200 orang di Lubnan, termasuk lebih 170 pejuang Hezbollah serta 10 tentera Israel dan lima orang awam Israel.

Ia juga telah memaksa pemindahan puluhan ribu orang.

Artikel Berkaitan:

Hezbollah yang disokong Iran telah menyerang tentera Israel merentasi sempadan selatan Lubnan bagi menyokong sekutunya kumpulan pejuang Hamas di Palestin sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu. - Agensi/ Awani