Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelajar cemerlang kini terlantar

12 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 FEBRUARI 2024

Seorang pelajar cemerlang terpaksa menangguhkan sementara pengajian selepas mengalami masalah saluran pembuluh darah ke otak pecah sejak 18 Disember tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

Ibunya, Wan Murni Wan Ngah berkata, Muhammad Amirul Nazmi Sam, 20, yang merupakan pelajar di bawah Program Penajaan Pendidikan Petronas (PESP) kini terlantar di rumah keluarganya di Kampung Jaba, Bukit Apit, Ajil, Hulu Terengganu.

Menurut ibu kepada tiga anak itu, anak keduanya memerlukan pemantauan rapi kerana tidak boleh bergerak seperti biasa dan tidak boleh menguruskan diri sepenuhnya.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/649114/edisi/terengganu/pelajar-cemerlang-kini-terlantar

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PelajarCemerlang #PendarahanOtak