[VIDEO] Suara merdu penyanyi AS baca ayat Kursi memukau dunia

BOSTAN - Nama Jennifer Grout sekali lagi menarik perhatian ramai apabila berkongsi sebuah video memaparkan dia lancar membaca ayat Kursi dengan begitu merdu dan cukup hukum tajwidnya.
Jennifer memeluk Islam pada 2014 merupakan penyanyi Amerika telah memuat naik bacaan ayat ke-255 surah al-Baqarah itu secara bertarannum dan bersahaja di Instagram miliknya.
Menerusi statusnya, Jennifer memberitahu, guru muzik Arabnya telah menasihatkan supaya selalu mendengar bacaan al-Quran untuk mahir bahasa Arab dan menjadi seorang penyanyi muzik Arab yang hebat kerana sebahagian besar ikon muzik Arab bermula dengan menguasai bacaan al-Quran secara tepat.
Beliau berkata, pembacaan al-Quran adalah seni untuk dirinya, pada masa sama dapat mengasah teknik vokal dalam nyanyian bahasa Arab.
Menurut laporan media tempatan, Jennifer meminati muzik Arab pada 2010 ketika menyambung pelajaran di Kanada dan mula berjinak dalam muzik tersebut selepas membuat persembahan di kafe Syria sekitar Montreal serta berpindah ke Maghribi selepas graduasi.
Di sana, dia telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan dan memeluk agama Islam.
Nama beliau juga melonjak apabila terpilih untuk ke pusingan akhir program ‘Arabs Got Talent’ beberapa tahun dahulu.
Sementara itu, video berdurasi 2 minit 14 saat itu tular dan netizen menyifatkan suara penyanyi itu sungguh merdu serta memukau.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -'Pasrah jika hidup berakhir di jeriji besi' - Kim Seri
18 Disember 2024 12:59pmSanggup jual kereta demi kayuhan solo ke Makkah
11 Disember 2024 07:50amBob Janggut tangkap ular senduk kurang dua minit
11 Disember 2024 07:40amStaf kafe rai warga emas sambut ulang tahun sendirian
05 Disember 2024 10:29am[VIDEO] Lelaki dakwa masih suami sah wanita terbabit isu pegawai kanan ATM
06 Januari 2026 03:17pmWalaupun muflis, Abdul Kadir boleh teruskan saman Aliff Syukri RM70 juta
06 Januari 2026 06:18pmPemilik tampil perjelas isu kuil di tanah persendirian
06 Januari 2026 03:30pmMichael Schumacher meninggal dunia
06 Januari 2026 10:33pm[VIDEO] Shafiq Halim dedah lejar transaksi RM1.1 juta didakwa berkait ketua bahagian parti
06 Januari 2026 02:52pm- Iklan -- Iklan -
