Raja Charles III berada dalam keadaan sangat baik - Ratu Camilla

Ratu Camilla
Ratu Camilla
A
A
A

LONDON - Raja Britain Raja Charles III ketika ini berada dalam keadaan yang "sangat baik".

Perkara itu dimaklumkan Permaisuri Ratu Camilla dalam perkongsian pertamanya sejak Raja Charles disahkan menghidap kanser.

Camilla turut berkongsi bagaimana Charles tersentuh dengan mesej sokongan dan doa-doa daripada rakyat jelata.

Pewaris takhta, Putera William turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat atas ucapan dan doa mereka kepada bapanya dan isterinya, Kate yang turut selesai menjalani pembedahan baru-baru ni.

Kate, 42, menjalani pembedahan perut pada 16 Januari lalu dan kemudian menghabiskan dua minggu di hospital untuk rawatan. - Awani

Artikel Berkaitan: