Sila log masuk terlebih dahulu.

Guru hadiahkan pakej umrah pada pelajar sempena hari persaraan

08 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 8 FEBRUARI 2024

Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Bharu di Tumpat menghadiahkan pakej umrah kepada pelajar tingkatan dua sempena hari persaraannya sebagai pendidik pada Khamis, lapor wartawan, Hazelen Liana Kamarudin.

Mohd Danial Hakim Faiz Teng, 14, dari Kampung Padang Rokma dilihat tidak dapat menahan sebak sejurus nombor 118 miliknya diumumkan sebagai pemenang hadiah utama cabuan bertuah.

Anak sulung dua beradik itu berkata, dia sama sekali tidak menyangka cabutan bertuah yang diidamkan oleh 800 pelajar itu menjadi miliknya dan menyifatkan ia sebagai satu mimpi apabila dapat menjejak kaki ke tanah suci Makkah tidak lama lagi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648578/edisi/kelantan/guru-hadiahkan-pakej-umrah-kepada-pelajar-sempena-hari-persaraan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #hadiahcabutanbertuah #haripersaraan