Sila log masuk terlebih dahulu.

Pelajar dirogol bapa kandung hingga melahirkan anak

07 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 FEBRUARI 2024

Seorang buruh ditahan pada Selasa selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun hingga melahirkan anak, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.

Menurutnya, penahanan suspek susulan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan Hospital Melaka memeriksa mangsa yang menetap di Durian Tunggal pada Oktober tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/648404/berita/semasa/pelajar-dirogol-bapa-kandung-hingga-melahirkan-anak

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #Rogol