[VIDEO] Pelajar dirogol bapa kandung hingga melahirkan anak

A
A
A

MELAKA - Seorang buruh ditahan pada Selasa selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun hingga melahirkan anak.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.

Menurutnya, penahanan suspek susulan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan Hospital Melaka memeriksa mangsa yang menetap di Durian Tunggal pada Oktober tahun lalu.

Katanya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu mendapati mangsa ketika itu sedang mengandung hampir lima bulan.

Suspek (tengah) direman selama tujuh hari selepas didakwa merogol anaknya.
Suspek (tengah) direman selama tujuh hari selepas didakwa merogol anaknya.

"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa telah dirogol suspek sejak berusia 14 tahun.

"Difahamkan ibu mangsa pada awalnya membawa mangsa yang mengetahui dirinya sedang mengandung ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal untuk membuka buku kehamilan sebelum dirujuk ke hospital.

"Suspek yang mempunyai enam rekod lampau ditangkap sehari selepas mangsa melahirkan anaknya pada Isnin lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.