Peniaga makanan dicekup amang seksual kanak-kanak

Suspek direman bagi kes amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki pada Rabu.
Suspek direman bagi kes amang seksual terhadap kanak-kanak lelaki pada Rabu.
A
A
A

JASIN - Tindakan jijik seorang peniaga makanan yang menjadikan enam kanak-kanak lelaki sebagai pemuas nafsu akhirnya terbongkar selepas dicekup polis.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, tangkapan terhadap suspek berusia 57 tahun itu dilakukan pada Selasa lalu susulan pihaknya menerima laporan polis yang dibuat kesemua mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa yang masih bersekolah diberikan upah bayaran RM50 hingga RM100 bagi melakukan perbuatan keji terbabit.

"Suspek ditahan di rumahnya di Simpang Bekoh pada jam 8.56 malam Selasa.

Suspek berusia 57 tahun direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu.
Suspek berusia 57 tahun direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Jasin pada Rabu.

"Berdasarkan siasatan juga suspek dipercayai memberikan wang tersebut sebagai upah sebelum menghisap kemaluan mangsa," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Tambahnya, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 14(a)/15A(1)/ 15B(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sebelum itu, Majistret Mohd Firdaus Salleh di Mahkamah Jasin membenarkan permohonan reman selama tujuh hari terhadap suspek sehingga Selasa ini.

Artikel Berkaitan: