Sila log masuk terlebih dahulu.

'Ketuk pintu langit’ untuk menangkan Anies

06 Februari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2024

Kumpulan calon Presiden Indonesia, Anies Baswedan ‘mengetuk pintu langit’ bertujuan bermunajat kepada ALLAH SWT agar gandingan bersama calon Naib Presiden, Muhaimin Iskandar diberikan kepercayaan untuk memimpin Indonesia.

Calon Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dari Parti Nasdem, Dr Robi Nurhadi berkata, mereka mengambil pendekatan untuk mengumpul 1,000 rakyat sebagai pengkhatam al-Quran.

Katanya, usaha ini mendapat impak positif yang mana setakat ini sudah mencecah 4,000 pendaftaran dan lebih 500 daripadanya telah berjaya khatam al-Quran dalam tempoh ini.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com