Dua rakan dibebaskan kes tipu sarung tangan lebih RM1 juta

Dua rakan yang dituduh menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta tiga tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Gambar hiasan
Dua rakan yang dituduh menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta tiga tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua rakan yang dituduh menipu dua lelaki berhubung pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah membabitkan kerugian lebih RM1 juta tiga tahun lalu dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa.

Hakim, Mohd Kafli Che Ali memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Wan Ahmad Farhaan Wan Kia Salleh Nor, 32, dan Mohd Fami Sharin, 50.

Mohd Kafli berkata, pendakwaan gagal menunjukkan kesalahan dilakukan dua tertuduh itu yang menyebabkan mangsa tersebut telah diperdayakan.

Berdasarkan keterangan, beliau berkata, saksi pendakwaan (SP) kedua dan ketiga mengakui bahawa mereka secara sukarelamenandatangani beberapa siri draf penjanjian tersebut.

Selain itu tiada keterangan tertuduh secara curangnya telah mendorong saksi pendakwaan untuk menyerahkan wang itu.

“Mahkamah mendapati kes ini lebih kepada perlanggaran kontrak, maka atas alasan tersebut tertuduh dilepas dan bebaskan daripada pertuduhan tanpa dipanggil membela diri dan wang jaminan RM30,000 dikembalikan semula kepada penjamin,” katanya.

Mengikut pertuduhan, Wan Ahmad Farhaan dan Mohd Fami didakwa menipu Mohamad Faiz Yaacob dan Saleh Nabil Salah Mahmoud Abdalkader Alarabi, yang mewakili syarikat Yummylooks Sdn Bhd bahawa kedua-dua tertuduh akan mengedarkan 180,000 kotak produk itu sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM1,001,650 ke akaun bank atas nama Syarikat Tuntas Abadi Sdn Bhd milik tertuduh pertama (Wan Ahmad Farhaan).

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah premis di Jalan Damansara, Taman Tun Dr Ismail di sini pada 17 Mac 2021 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noorhani Muhmed Ayub manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Ramzani Idris dan Haresh Mahadevan.

Seramai lima saksi dipanggil memberi keterangan dalam prosiding perbicaraan yang bermula tahun 2022 lalu.