Polis ronda cegah jenayah parah dilanggar kereta

Mangsa mengalami kecederaan parah selepas dua kali dilanggar kereta dipandu suspek ketika pemeriksaan rondaan cegah jenayah di Tanjung Ramburan. Foto ihsan polis
Mangsa mengalami kecederaan parah selepas dua kali dilanggar kereta dipandu suspek ketika pemeriksaan rondaan cegah jenayah di Tanjung Ramburan. Foto ihsan polis
A
A
A

IPOH - Seorang anggota polis parah dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan tugas rondaan cegah jenayah bermotosikal di Jalan Tanjung Rambutan-Chemor di sini pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, dalam kejadian sekitar jam 7.30 malam itu, mangsa berusia 34 tahun bersama rakan setugasnya menghampiri sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru yang berada dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.

"Ketika mangsa mula menghampiri, pemandu kereta terbabit bertindak mengundurkan kenderaan dan melanggar motosikal mangsa yang menyebabkannya terjatuh.

"Suspek bagaimanapun sekali lagi bertindak mengundurkan kenderaannya hingga melanggar mangsa kali kedua sebelum memecut meninggalkan tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut beliau, suspek memandu ke arah kawasan Tanah Hitam.

"Impak kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan dan tidak dapat bergerak dan dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan kecemasan.

Keadaan motosikal mangsa dilanggar kereta jenis Proton Iriz ketika pemeriksaan rondaan cegah jenayah di Tanjung Rambutan. Foto ihsan polis
Keadaan motosikal mangsa dilanggar kereta jenis Proton Iriz ketika pemeriksaan rondaan cegah jenayah di Tanjung Rambutan. Foto ihsan polis

"Hasil pemeriksaan mangsa mengalami patah tulang rusuk dan tulang bahu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mohd Yusri berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan bunuh.

"Usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah IPD Ipoh, Asisten Superintenden Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.