Di mana Kasturi Bai

Kasturi Bai Murugesu, 56 tahun, diklasifikasi Polis Daerah Ipoh sebagai orang hilang sejak 21 Januari lalu. - Foto PDRM
Kasturi Bai Murugesu, 56 tahun, diklasifikasi Polis Daerah Ipoh sebagai orang hilang sejak 21 Januari lalu. - Foto PDRM
A
A
A

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang wanita berusia 56 tahun yang diklasifikasi sebagai orang hilang sejak 21 Januari lalu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Mohamad Sajidan Abdul Sukor, orang hilang itu merupakan wanita berbangsa India dikenali sebagai Kasturi Bai Murugesu.

Alamat terakhirnya ialah di Persiaran Rishah 11, Taman Tinggi, Ipoh.

"Bersama-sama ini disertakan gambar orang hilang. Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Michael Jevadas M Thevasittham di talian 016-5325208 atau Balai Polis Taman Rishah 05-5282222.

"Selain itu, boleh hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500 atau ke balai polis berdekatan," katanya dalam kenyataan semalam.

Artikel Berkaitan: