David Beckham luang masa bertemu Safee Sali

Safee mendapat peluang untuk bertemu Beckham sekali gus mendapatkan tanda tangan bekas pemenang treble bersama Manchester United itu. - Foto Stadium Astro
Safee mendapat peluang untuk bertemu Beckham sekali gus mendapatkan tanda tangan bekas pemenang treble bersama Manchester United itu. - Foto Stadium Astro
A
A
A

DARI seorang legenda kepada legenda, bekas penyerang skuad kebangsaan, Safee Sali, mendapat peluang secara eksklusif untuk bertemu David Beckham di ibu kota pada Khamis.

Beckham, yang datang ke Malaysia bagi majlis jenama pakaian ternama, sempat berkongsikan masa untuk bertemu peminat di Kuala Lumpur.

Tidak ketinggalan, Safee turut mendapatkan peluang secara eksklusif untuk bertemu Beckham sekali gus mendapatkan tanda tangan bekas pemenang treble bersama Manchester United itu. - Awani

Artikel Berkaitan: