DBKL keluar 105 kompaun, tunda 25 kenderaan

Kenderaan yang ditunda atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan.
Kenderaan yang ditunda atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan 105 kompaun dan menunda 25 kenderaan yang menghalang lalu lintas berhampiran Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) pada Rabu.

DBKL berkata, tindakan itu dilaksanakan Jabatan Penguatkuasaan di Jalan Sri Hartamas 1 dan Lorong Yap Kwan Seng susulan laporan khas sebuah stesen televisyen pada Isnin.

Menurutnya, operasi membabitkan tundaan kereta menghalang laluan serta parkir dibahu jalan selain kenderaan yang ditinggalkan sekitar kawasan berkenaan.

Kenderaan yang ditunda atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan.
Kenderaan yang ditunda atas kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan tidak dibenarkan.

"Penguatkuasaan dilakukan di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 dan Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Kenderaan yang ditunda dibawa ke Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk penyimpanan sementara dan proses dokumentasi, " katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

DBKL mengingatkan pemilik kenderaan mematuhi isyarat lalu lintas supaya tidak menghalang laluan sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari masa ke semasa di lokasi tumpuan yang lain selepas ini.

Artikel Berkaitan: