Sila log masuk terlebih dahulu.

Detik bersejarah diabadikan rakyat Johor

31 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 31 JANUARI 2024

Peluang menyaksikan rombongan keberangkatan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ke Istana Negara pada pagi Rabu, tidak dilepaskan rakyat Johor termasuk mereka yang mencari rezeki di Singapura, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azura Md Amin.

K Vadivelu, 48 yang bekerja sebagai pembantu kargo di Lapangan Terbang Changi, Singapura sanggup datang dari tempat kerjanya menuju ke Jalan Skudai di hadapan Kampung Pasir.

Katanya, selepas habis bekerja pada jam 5 pagi, dia terus menunggang motosikal dari tempat kerja di Singapura dan perjalanan lancar melalui Tambak Johor.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/647168/berita/nasional/laungan-daulat-tuanku-iringi-keberangkatan-sultan-ibrahim