Sila log masuk terlebih dahulu.

Jadi Agong tak ada 'overtime'

30 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 30 JANUARI 2024

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan kepada pengamal media baginda banyak peranan dan tugas yang perlu dilakukan.

'Banyak kerja, tak ada 'overtime'!' titah Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sambil berseloroh.

Bagaimanapun, Al-Sultan Abdullah mengalu-alukan semua orang untuk mendekati dan mengenali istana juga institusi Raja-raja kerana menurut baginda, ia adalah hak rakyat.

Tuanku ditemui dalam wawancara khas bersama editor dan wartawan kanan media-media di Istana Negara, Kuala Lumpur baru-baru ini yang turut dihadiri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #Agong #AgongKita #YDPA #DaulatTuanku #DirgayahuTuanku #AlSultan #sinarharian