MAFA umum hala tuju bola sepak Melaka

Mohd Saiful. - Foto: FB MUSA
Mohd Saiful. - Foto: FB MUSA
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Melaka (MAFA) pada Isnin mengumumkan hala tuju badan induk bola sepak negeri itu dengan membentuk empat jawatankuasa yang diketuai empat naib presidennya.

Timbalan Presiden MAFA, Datuk Mohd Saiful Mat Sapri berkata, setiap jawatankuasa itu akan dibantu dua Exco MAFA bagi menjalankan peranan setiap jawatankuasa berdasarkan keputusan pada mesyuarat eksekutif persatuan itu malam Ahad.

"Jawatankuasa Pembangunan dan Teknikal bakal dipengerusikan Datuk C Revindran dibantu oleh Ahmad Khairul Mohd Noor dan Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi manakala Jawatankuasa Pertandingan dan Kepengadilan dipengerusikan Datuk Khairi Anuar Ahmad dan dibantu Jezlee Pit dan Syahrul Nizam Shamsuddin.

"Selain itu Datuk Fadzil A Bakar yang juga Naib Presiden diberikan tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Keselamatan, Media dan Kelab Penyokong, dibantu Mohamad Azizi Shahril Abd Razak Khalim dan Melvin Tan Ching Yang," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Mengulas lanjut, Mohd Saiful berkata, Datuk Khaidirah Abu Zahar dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Penajaan, Perubatan dan Bola Sepak Wanita, dibantu oleh Dr Siti Faidul Maisarah Abdullah dan Dr Shankar Gunarasa.

Katanya, menerusi senarai Jawatankuasa baharu bagi Penggal 2023-2026 di bawah kepimpinan Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, ia juga diharap bakal membuat perubahan baharu dalam pentadbiran bola sepak Melaka.

Pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif itu juga, MAFA turut memberi fokus utama kepada pembangunan pasukan Piala Presiden, Piala Belia, Futsal Lelaki, Bola Sepak Wanita dan membawa penyertaan pasukan Bola Sepak Pantai Lelaki.

"Bagi penyertaan ke Liga Super musim ini, MAFA kini di peringkat perbincangan bersama kelab-kelab Liga M3 untuk memperhalusi penyertaan Melaka beraksi di Liga Super dengan meneliti pelbagai perkara termasuk mendapatkan pandangan daripada Liga Bola Sepak Amatur (AFL).

Artikel Berkaitan:

"Jawatankuasa Eksekutif MAFA bertekad dan komited dalam menaik mutu dan taraf sukan bola sepak negeri Melaka agar nama Melaka kembali sebagai salah satu kuasa bola sepak negara," katanya. - Bernama