Pastikan PRK Kimanis milik Warisan

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (dua, kiri) bersama calon Warisan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis Datuk Karim Bujang (dua, kanan) serta Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Mohd Noor (kanan) serta Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah Datuk Peter Anthony (kiri) pada majlis Sambutan Kristmas hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

KIMANIS - Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mahu jentera parti bersatu hati dan mengetepikan sebarang persengketaan bagi memastikan kerusi Parlimen Kimanis menjadi milik parti itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan berkenaan pada 18 Januari ini.

Justeru, Mohd Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah mengingatkan ahli parti supaya mengutamakan aspek itu demi perjuangan Warisan pada PRK Parlimen Kimanis.

"Apa yang berlalu biarkan ia berlalu, yang pasti kita perlu bekerjasama dan pastikan parti Warisan menang pada pilihan raya kecil ini," katanya ketika berucap di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Binsulok, Membakut di sini hari ini.

PRK Parlimen Kimanis bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Warisan Datuk Karim Bujang, 67, dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohamad Alamin, 48 tahun.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi PRK Parlimen Kimanis pada 18 Januari manakala hari pengundian awal 14 Januari.

Mohd Shafie berkata, kemenangan Warisan di PRK Parlimen Kimanis penting bagi memudahkan kerajaan negeri melaksana lebih banyak pembangunan kepada rakyat di kawasan itu.

"Pilihan raya kecil ini cukup penting buat kita, perjuangan kita bukan di bibir (janji) sahaja, perjuangan ini adalah berjuang ke arah kebaikan dan perubahan yang besar bukan sahaja untuk penduduk di sini, tetapi untuk rakyat Sabah tanpa mengira agama, bangsa dan budaya," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: