Wajah tenang Ayah Zin: Ali Russia

Kisah keperibadian Ayah Zin dikongsikan oleh Ali Russia dalam sebuah catatan.
Kisah keperibadian Ayah Zin dikongsikan oleh Ali Russia dalam sebuah catatan.
A
A
A

SEBAIK laporan mengenai perjalanan hidup Allahyarham Mat Zin Korea dikeluarkan kelmarin akhbar Sinar Harian mendapat pelbagai reaksi positif daripada ahli keluarga, pembaca malah beberapa sahabat karib beliau.

Ramai menyatakan laporan tersebut membuka mata mereka bahawa Allahyarham yang dikenali sebagai orang gedebe suatu masa dahulu pun boleh berubah ke arah kebaikan melalui semangat yang kuat selepas dijentik hidayah Allah.

Malah ramai terharu dengan kesungguhan Allahyarham Mat Zin Korea untuk menegakkan syiar Islam sehingga membawa dirinya ke beberapa negara di seluruh dunia dengan niat berdakwah.

Terdapat satu lagi perkongsian menarik tentang Mat Zin Korea daripada seorang sahabat yang merantau bersama-sama arwah ke beberapa negara dalam dakwah mereka iaitu Ali Russia atau nama sebenarnya Ali Zaid, 52.

Penulis mengolah kembali catatan yang Ali Russia yang dahulunya juga seorang samseng dan artis yang berhijrah ke arah kebenaran menuju ALLAH.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ore gedebe jadi tok lebai]

“Alhamdulillah, hari ketiga di kampung, aku menerima panggilan daripada seseorang yang sangat aku hormati, seorang awalin atau seorang lelaki yang tergolong di dalam kumpulan beberapa orang yang terawal membuat usaha dakwah tabligh di Malaysia.

Bahkan dikhabarkan beliau perintis yang membuka jalan usaha Dakwah di Thailand, Burma, Laos, Indonesia dan negara Negara Asian lain di Nusantara.

Beliau ialah Mat Zin Korea yang menjemput aku ke madrasahnya.

Artikel Berkaitan:

“Assalamualaikum Ali, bila balik? Dah lama 'ayah' tak jumpa Ali, esok datang madrasah Ayah Zin deh, rindu lama tak jumpa.

“Ada beberapa perkara nak bincang pasal madrasah tahfiz Ayah Zin ni.

“Waalaikumusalam Ayah Zin, Insya-ALLAH saya datang pagi esok,” jawabku ringkas tak dapat menolak ajakan.

Mat Zin (kiri) bersama Ali Russia (tengah) ketika mereka bersama-sama dalam perjuangan dakwah selepas berhijrah.
Mat Zin (kiri) bersama Ali Russia (tengah) ketika mereka bersama-sama dalam perjuangan dakwah selepas berhijrah.

Aku bertolak ke Kota Bharu keesokannya, singgah di Mohalla Syuhada untuk solat Dhuhha, sunyi sepi Mohalla Syuhada tidak seperti 15 tahun yang lepas ketika zaman remaja aku, ahli Suffah pun dah dekat 20 orang.

Sampai di Kota Bharu aku menelefon seorang sahabat bernama Rudy untuk bersama-sama menemaniku ke tempat Zin Korea di Binjai.

Bersama Syeikh Rudy kami ke Binjai...

Cerita dulu

Ramai kumpulan gengster yang mahu berpayung di bawah kehebatan Mat Zin Korea.

Mat Zin mendapat ramai kawan yang seiring dan sejalan sehingga menyebabkan namanya terkenal ke seluruh Malaysia, namun Mat Zin Korea belum puas dan masih mahu merantau ke pelbagai negara.

Banyak kes pergaduhan diketuai sendiri Mat Zin. Kerjanya ketika itu hanyalah memeras ugut tauke-tauke besar dan dia mula melebarkan pengaruhnya dalam kalangan kumpulan Gengster.

Cerita sekarang

Kita sambung cerita aku pergi ke Madrasah Tahfiz Ayah Haji Zin Korea.

MasyaALLAH, dari dalam kereta aku melihat sesusuk tubuh tinggi lampai dengan wajah yang amat tenang dan menyenangkan hati pada sesiapa saja yang memandangnya, melambai lambai.

Aku dan Rudy turun dari kereta dan kami berpelukan seperti anak merindui bapa dan seperti bapa yang sudah lama tidak bertemu anaknya.

Aku melihat sekitar madrasah tahfiz yang dibina Ayah Haji Mat Zin Korea, banyak yang belum siap dan tingkap tingkap serta daun pintunya masih belum di pasang.

Bisik hati aku, ”sememangnya dia memerlukan dana untuk menyiapkan madrasah tahfiz ini.”

Aku dijemput masuk duduk di karpet lusuh. Aku selalu mendengar dari ‘karkun karkun’ (pendakwah) lama yang ayah Mat Zin Korea ini sudah lebih 30 tahun berpuasa selang seli.

Kami dihidangkan dengan seteko teh dan sepiring kuih. Ayah Zin tenang menuangkan teh dan menjemput kami meminumnya.

Sedangkan, dia tidak pula minum.

“Ayah Zin tak minum ke?”

“Ayah Zin puasa, sekarang dah puasa hari-hari, dekat 10 tahun dan puasa hari hari,” jawabnya lembut.

Ya ALLAH!!!

Sifat seorang daie, walaupun puasa dia tetap hidangkan minuman dan makanan kepada kami.

Pesanan Ayah Zin

Setelah solat Zohor bersama dan berbincang beberapa perkara dengan Ayah Zin Korea, maka aku memohon mengundurkan diri, sebelum berpisah ayah Haji Zin Korea sempat menasihati kami dan berpesan.

Kata beliau lagi, ramai yang ada di Seri Petaling khususnya orang lama yang kamu lihat itu ana sendiri pernah doakan mereka secara khusus supaya Allah pilih mereka dan kini akhirnya Allah kabulkan maka kamu semua hormatilah orang-orang lama kerana berkat doa merekalah kita semua dipilih Allah untuk buat kerja mulia ini. Allahu: - Ali Russia, 3 Jun 2015.