Sila log masuk terlebih dahulu.

SMSP kemuka lima tuntutan untuk bebaskan Gaza.

28 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 28 JANUARI 2024

Seketariat Malaysia Solidarity Palestine (SMSP) mengemukakan lima tuntutan kepada negara besar dunia dan masyarakat antarabangsa bagi membebaskan Gaza daripada serangan tidak berhati perut rejim Israel, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Ketua Seketariatnya,Dr Habibah Abdul Halim berkata tuntutan berkenaan termasuk mendesak genjatan senjata sepenuhnya dan embargo senjata atas Zionis Israel.

Sementara itu, Pengerusi BDS Movement Malaysia, Profesor Nazari Ismail berkata, pihaknya yakin bahawa penyelesaian aman bukan sahaja kepentingan terbaik untuk

rakyat Palestin, tetapi juga penting untuk kestabilan serantau dan global.

Protes selama lebih sejam itu turut dihadiri oleh wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis terdiri daripada beberapa pertubuhan antaranya BDS Malaysia, Viva Palestine Malaysia (VPM), Al Quds Foundation Malaysia, IKRAM Health, Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA) dan Malaysia Women’s Coalition for Al Quds and Palestine (MWCQP).

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646686/berita/nasional/smsp-kemuka-lima-tuntutan-bebaskan-gaza

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Palestin #freePalestin