Lelaki OKU hilang, disyaki jatuh sungai

Motosikal milik mangsa yang ditemui ditinggalkan berhampiran rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Bandar Pusat Jengka pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Rohaizan
Motosikal milik mangsa yang ditemui ditinggalkan berhampiran rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Bandar Pusat Jengka pada Jumaat. Gambar kecil: Mohd Rohaizan
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) dilaporkan hilang dikhuatiri terjatuh ke dalam sungai berhampiran rumah pam Sungai Jempol, Jengka 4, Bandar Pusat Jengka.

Mangsa, Mohd Rohaizan Abdullah, 52, beralamat dari Felda Ulu Jempol dilaporkan hilang selepas keluar rumah kira-kira jam 8 pagi pada Khamis.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, laporan kehilangan mangsa dibuat pada Jumaat.

Menurutnya, laporan itu dibuat pekerja rumah pam selepas mengesyaki mangsa terjatuh ke dalam sungai berdasarkan penemuan motosikal dan barangan milik mangsa berhampiran rumah pam tersebut.

Anggota bomba dan polis berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa yang hilang.
Anggota bomba dan polis berada di lokasi untuk operasi SAR mangsa yang hilang.

"Bertindak atas maklumat, lapan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jengka ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.

"Pihak bomba melakukan operasi pencarian di permukaan air menggunakan dua bot selain mencari di sekitar tebing sungai," katanya.

Zulfadli berkata, sehingga jam 5 petang (Jumaat), mangsa belum ditemui

Artikel Berkaitan: