Sila log masuk terlebih dahulu.

Thaipusam: Perak jamin keselamatan pengunjung

25 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 25 JANUARI 2024

Polis Perak memberi jaminan kawalan keselamatan pada tahap tertinggi sepanjang sambutan perayaan Thaipusam di Kuil Sri Subramaniar dekat Gunung Cheroh, Ipoh, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, seramai 627 anggota ditempatkan di sekitar bandar raya Ipoh sepanjang perayaan itu bagi memastikan keselamatan lebih 350,000 pengunjung yang dijangka hadir bermula Rabu hingga Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/646226/edisi/perak/thaipusam-perak-jamin-keselamatan-pengunjung