Mayat tanpa identiti terapung dalam lombong

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jam 2.20 pagi. Foto JBPM Perak
Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jam 2.20 pagi. Foto JBPM Perak Mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
A
A
A

PASIR SALAK - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di lombong di Sungai Galah dekat Kampung Gajah di sini awal pagi Khamis.

Mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti ditemui pasukan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat pada jam 2.20 pagi.

Operasi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kampung Gajah dengan bantuan unit Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) Teluk Intan itu digerakkan sebaik menerima panggilan pada jam 9.30 malam pada Rabu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemui di tepi sungai kira-kira 20 kilometer dari lokasi terakhir dilihat.

"Bomba menerima maklumat daripada polis terdapat satu mayat terapung di permukaan Sungai Kinta, namun kerja-kerja mencari di sekitar kawasan tidak menjumpai mangsa.

"Pencarian yang diteruskan kemudian menemui mangsa pada jarak 20 kilometer dalam keadaan terapung," katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi tamat pada jam 2.50 pagi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan.

"Setakat ini identiti mangsa masih belum dikenal pasti lagi," katanya.