Sila log masuk terlebih dahulu.

Penduduk minta lampu jalan, penghadang di selekoh maut

23 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 23 JANUARI 2024

Pengguna jalan raya yang melalui selekoh Jalan Tebuk Mufrad, Sabak Bernam, sentiasa terdedah kepada kemalangan sekiranya terleka apabila lokasi berkenaan tiada lampu jalan selain ketiadaan tanda amaran, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Izzatul Izuan Tahir.

Rata-rata penduduk mendakwa jalan sepanjang kira-kira dua kilometer menghubungkan Jalan Haji Mat Yasin dan Jalan Parit Imun menghala ke Kampung Perenggan dianggap sebagai selekoh maut.

Penduduk, Mohd Nuri Mokhtar, berkata setakat ini terdapat satu kes kemalangan maut dan lebih lima kes kenderaan terperosok ke dalam parit di laluan berkenaan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #SelekohMaut #Kemalangan #Selangor