Pesawat latihan gagal mendarat baik, tayar hadapan tertanggal - CAAM

Tangkap layar kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Selasa.
Tangkap layar kenyataan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden pesawat latihan yang dipercayai gagal mendarat dengan baik menyebabkan tayar hadapan tertanggal.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Datuk Kapten Norazman Mahmud berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka sekitar jam 3.07 petang Selasa.

Menurutnya, insiden berkenaan melibatkan seorang juruterbang pelatih dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pesawat ini dikendalikan International Aero Training Academy (IATAC) jenis Piper PA-28-181 dengan nombor pendaftaran 9M-ITX.

“Pesawat berkenaan juga telah dialihkan pada jam 3.35 petang dan dibawa ke hangar berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.

“Lapangan terbang tersebut kembali beroperasi pada jam 4.12 petang selepas semua pemeriksaan keselamatan selesai dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Norazman, siasatan lanjut akan dilaksanakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Artikel Berkaitan: