Du Plessis juara UFC pertama Afrika Selatan

Du Plessis (kanan) dinobatkan juara baharu Middleweight selepas menewaskan 'budak jahat UFC', Sean Strickland menerusi keputusan split decision. Foto: Agensi
Du Plessis (kanan) dinobatkan juara baharu Middleweight selepas menewaskan 'budak jahat UFC', Sean Strickland menerusi keputusan split decision. Foto: Agensi
A
A
A

DRICUS du Plessis muncul juara UFC pertama dari Afrika Selatan selepas merampas tali pinggang Middleweight daripada Sean Strickland di UFC 297 yang berlangsung di Scotiabank Arena, Toronto, Kanada pada Ahad.

Du Plessis yang diletakkan sebagai underdog menewaskan petarung Amerika Syarikat (AS) itu menerusi keputusan split decision selepas lima pusingan yang menyaksikan dua pengadil berpihak kepadanya (48-47), manakala satu pengadil memberikan kemenangan kepada Strickland dengan mata 48-47.

Du Plessis muncul juara UFC pertama dari Afrika Selatan. Foto: Agensi
Du Plessis muncul juara UFC pertama dari Afrika Selatan. Foto: Agensi

Strickland yang terkenal sebagai 'budak jahat UFC' mendominasi pusingan pertama dengan melancarkan tumbukan bertali arus yang menyebabkan luka di kawasan mata kanan du Plessis.

Bagaimanapun, du Plessis bangkit di pusingan keempat dengan tumbukan padu yang menyebabkan bahagian mata kiri Strickland koyak dan berdarah.

Kecederaan itu ternyata menjejaskan rentak Strickland yang keletihan di pusingan kelima.

Bekas juara Middleweight, Israel Adesanya tidak lama dahulu pernah memperlekeh du Plessis dengan mengatakan petarung itu tidak layak bergelar juara pertama dari Afrika hanya kerana berkulit putih.

Artikel Berkaitan: