Sila log masuk terlebih dahulu.

Hanya mahu dikenali sebagai Rahman, 30-an, beliau yang sudah menetap lebih tujuh tahun di kawasan itu mendakwa warga asing terlalu ramai mendiami kawasan tersebut dari bujang hinggalah berkeluarga.

Operasi bermula kira-kira jam 12.05 tengah malam itu turut disertai Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, bagi tempoh 1 hingga 18 Januari ini, sebanyak 870 operasi dilaksanakan dan 9,169 warga asing diperiksa seluruh negara.

Tambah Datuk Ruslin, tahun lalu, sebanyak 38,978 PATI telah diusir, manakala tahun ini setakat 17 Januari membabitkan pengusiran 1,467 PATI.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/645341/berita/semasa/bila-ahad-macam-di-negara-mereka

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #opsPATI #tangkapwargaasing" />

'Bila Ahad macam di negara mereka'

20 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 20 JANUARI 2024

"Bila hari Ahad saja memang macam negara mereka," luah penduduk di Pangsapuri Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang.