Dua sindiket dadah tumpas, empat suspek ditahan

Sebahagian dadah yang berjaya dirampas pihak polis daripada dua sindiket setelah menyerbu tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sebahagian dadah yang berjaya dirampas pihak polis daripada dua sindiket setelah menyerbu tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan dua sindiket dadah apabila merampas 27.09 kilogram dadah jenis ganja dan 48.09 gram heroin dalam tiga serbuan berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, serbuan dilakukan di kawasan Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur dan sebuah kondominium di Kajang, Selangor.

Beliau berkata, dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas lebih kurang 25.054 kilogram (kg) dadah jenis ganja dan lebih kurang 48.09 gram dadah jenis heroin.

"Dalam serbuan pertama, pihak polis berjaya menahan tiga orang suspek yang dipercayai terlibat dalam sindiket dadah ini.

"Sementara dalam serbuan berasingan pada Khamis, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju berjaya menangkap seorang lelaki tempatan dengan rampasan 2.039 kg ganja di kawasan Setapak, Kuala Lumpur.

"Kita percaya kedua-dua sindiket dadah ini mempunyai kaitan dan kesemua suspek yang ditahan berusia 23 hingga 47 tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ashari berkata, hasil saringan awal air kencing mendapati seorang suspek positif dadah jenis ganja, manakala tiga orang lagi negatif.

Artikel Berkaitan:

Sebahagian dadah yang berjaya dirampas pihak polis daripada dua sindiket setelah menyerbu tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor.
Sebahagian dadah yang berjaya dirampas pihak polis daripada dua sindiket setelah menyerbu tiga lokasi berasingan di Kuala Lumpur dan Selangor.

Kata beliau, pihak polis juga merampas beberapa aset sindiket untuk tujuan sitaan iaitu sebuah kereta jenis Honda City, sebuah kereta kereta Jenis Toyota Vios, enam utas gelang tangan, rantai leher (4), cincin (8), anting-anting (15) bentuk, loket (2) serta wang tunai berjumlah RM200.

Katanya, nilai keseluruhan rampasan dadah berjumlah RM85,430, manakala nilai keseluruhan rampasan sitaan sebanyak RM110,200.

Jelas beliau, kumpulan sindiket tersebut dikesan bergerak aktif sejak enam bulan lalu di sekitar Lembah Klang.

Tambahnya, kesemua suspek direman selama tujuh hari sehingga 24 Januari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu mampu menampung seramai 27,141 orang penagih dadah dalam satu masa.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mendapatkan punca bekalan dadah diperoleh.

"Kita berharap orang awam boleh menyalurkan maklumat berhubung aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang agar tindakan dapat diambil.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat boleh menghubungi hotline polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.