TH umum surat tawaran haji, bayaran hari ini

Lembaga Tabung Haji (TH) akan memaklumkan surat tawaran kepada jemaah terpilih yang menunaikan ibadat haji bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi hari ini.
Lembaga Tabung Haji (TH) akan memaklumkan surat tawaran kepada jemaah terpilih yang menunaikan ibadat haji bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi hari ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) akan memaklumkan surat tawaran kepada jemaah terpilih yang menunaikan ibadat haji bagi musim 1445 Hijrah atau 2024 masihi hari ini.

Perkara itu akan diumumkan dalam satu sidang media oleh Pengarah Eksekutif Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Sidang media dijadual diadakan di Dewan Besar, Menara TH.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar memaklumkan, kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota jemaah haji Malaysia bagi musim haji tahun ini sebanyak 31,600 orang.

Kuota itu adalah sama seperti tahun sebelumnya.

Turut sama akan diumumkan pada sidang media itu ialah kos atau perbelanjaan musim haji kali ini.

Jos haji tahun lalu adalah sebanyak RM30,850.

Sebelum ini, Tabung Haji akui akan berlaku kenaikan dengan memaklumkan perkara itu di luar kawalan mereka.

Artikel Berkaitan:

Peningkatan setiap tahun lazimnya didorong pelbagai aspek, terutama inflasi dengan pelaksanaan cukai nilai tambah (VAT) di Arab Saudi dan pergerakan mata wang asing di antara ringgit, riyal dan dolar AS. - Awani